FOLLOW ME

12 August 2014

Resepi Agar-Agar Cendol Sedap

Cite bulan Ramadhan aritu x abis lagi..
baru sempat nak taip resepi..
sape minat agar-agar cendol..
cuba resepi ni mmg sedap..
resepi ni cam biasa lah amik org punya..
sya ni bukan pandai masak & wat kuih..
so byk resepi belajar dr google or blaja dr orang..



Bahan-Bahan :

BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS :
  • 500 ml air
  • 200 gm gula merah/gula melaka
  • 300 ml santan pekat
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH :
  • 500 ml air
  • 180 gm gula pasir
  • 300 ml santan pekat
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 500 gm cendol (tapis & toskan airnya)
  • sedikit garam
Cara-cara Menyediakan:

Lapisan Bawah
  • Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.
  • Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  • Masukkan cendol. Kacau sedikit.
  • Angkat dan tuang ke dalam acuan/loyang yang dibasahkan dengan air.
Lapisan Atas
  • Masakkan gula merah dan sedikit air hingga gula larut. Tapiskan.
  • Masukkan air gula tadi dan air serta serbuk agar-agar,masakkan hingga mendidih.
  • Telur dipukul bersama santan dan tuangkan santan tadi ke dalam adunan agar-agar.
  • Masukkan sedikit garam. Biarkan mendidih sekejap.
  • Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan berhati-hati.
  • Biarkan sejuk sebentar barulah disimpan dalam peti sejuk hingga beku.

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...