FOLLOW ME

05 September 2012

Alasan Tuntut Fasakh - Enakmen Undang2 Islam Melaka

Banyak perkara yg kite tak brape tau kan...
kat TV slalu dgr pasal FASAKH...
tp tak tau kategori camne bleh minta FASAKH...
kat sini sya senaraikan supaya kite TAU HAK KITE...


  • suami/isteri tidak diketahui di mana berada selama lebih drpd 1 tahun.
  • suami cuai/tidak memberi nafkah selama 3 bulan
  • suami/isteri telah dihukum penjara selama 3 tahun atau lebih'
  • suami/isteri tidak menunaikan nafkah batin selama 1 tahun
  • suami mati pucuk semasa berkahwin dan masih demikian dan isteri tidak mengetahui mengenainya.
  • suami/isteri gila untuk tempoh 2 tahun / mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau mengidap penyakit kelamin yang berjangkit
  • isteri dinikahkan oleh wali mujbirnya semasa belum baligh dan belum mencapai umur 18 tahun dan belum disetubuhi suami.
  • isteri tidak bersetuju (tidak memberi izin) untuk dinikahkan atas sebab izinnya tidak sah kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau apa-apa sebab lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
  • pada masa perkahwinan isteri telah memberi izin yang sah tetapi dia masa itu sakit mental.
  • atau apa-apa alasan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
  • suami/isteri menganiaya isteri/suami iaitu :
  1. lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita kerana dianiaya
  2. berkahwin dengan perempuan/lelaki berperangai jahat atau keji daripada pandangan syarak
  3. memaksa isteri hidup secara lucah
  4. melupuskan harta isteri/suami atau menghalang isteri/suami dari menggunakan harta mengikut haknya
  5. menghalang isteri/suami daripada menunaikan kewajipan agama
  6. jika suami ada lebih drpd 1 isteri, dia tidak melayan isterinya secara adil
  7. pasangan suami isteri masih belum mengadakan hubungan seks walaupun telah 4 bulan berkahwin atas keengganan mana-mana pihak kepada perkahwinan tersebut untuk berbuat demikian.


sumber rujukan : UTUSAN MALAYSIA, RABU, 5 September 2012

1 komen:

Riff said...

Salam. Boleh try produk saya ni tgk.. please refer di link kat bawah ni..

http://www.ubatvitiligo.com/

Boleh contact saya untuk pertanyaan lanjut, 019-5440021 (Arif Aziz)

TQ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...