FOLLOW ME

04 January 2012

Petua Makanan Yang Cepat Melangsingkan Tubuh

Petua Langsing


Antara saranan makanan yang cepat melangsingkan tubuh :


Epal


Serat makanan membantu melancarkan sistem penghadaman anda dan turut mengurangkan kolestrol di dalam badan.

Epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses anda untuk menguruskan badan.

Kajian menunjukkan individu makan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet mereka seperti roti, biskut dan sebagainya.

Ikan Salmon

Makanan laut adalah diet yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Individu yang memakan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak dua paun berbanding orang yang langsung tidak memakannya.





Telur

Memulakan sarapan telur pada waktu pagi, membantu melawan peningkatan berat anda sepanjang hari. Ini kerana kandungan protein di dalamnya akan membuatkan individu berasa kenyang.



Badam


Sekiranya anda seorang yang gemar memakan makanan ringan untuk tujuan menguruskan badan, badam adalah pilihan yang terbaik. Segenggam badam dapat membantu untuk anda berasa kenyang sepanjang hari.

Kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding daripada wanita yang tidak memakannya.

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...